Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman diluar sana. Ramai diantara kita telah mengetahui tentang baik dan buruknya apabila membuka akaun forex. Jadi saya ingin berkongsi pengalaman ada bersama pembaca yang pernah terlibat didalam aktiviti dagangan forex. Sudah pasti ramai yang rugi dan fobia dalam hal ini. Mari kita kupas sedikit bagaimana kebanyakan pelabur terjerumus didalam hal sedemikian. Yang pertama sudah pasti tentang keuntungan yang besar dan cepat tanpa mengira risiko yang bakal dihadapinya dimasa depan. Yang pasti keinginan hanya tinggal kenangan. Ini disebabkan keinginan untuk cepat menjadi kaya dalam masa yang singkat. Tidak dinafikan ada diantara pelabur yang meraih keuntungan yang besar melalui akaun forex dalam tempoh 6 ke 8 bulan berbanding membuka akaun dibank-bank biasa. Anda harus ingat mereka ini mempunyai modal yang besar seperti USD50 ribu hingga USD100 ribu dan tidak hairanlah jika meraka memperolehi keuntungan yang banyak. Ramai diantara kita yang rugi dalam hal ini melaburkan sejumlah wang yang dianggap besar tetapi didalam dunia forex ianya amatlah kecil seperti RM5 ribu hingga RM50 ribu dan inginkan keuntungan yang cepat dalam masa yang singkat seperti 2 hingga 3 bulan. Para pembaca yang budiman cuba kita fikirkan sejenak mana ada jalan pintas untuk berjaya. Saya sendiri telah mengalami pengalaman yang amat pahit didalam dunia forex beberapa tahun ini yang melibatkan ribuan ringgit lebur dalam masa yang singkat. Sekarang sya masih bertahan dengan pelaburan jangka panjang iaitu 6 ke 10 bln iaitu keuntunganya 4 kali ganda berbanding simpanan melalui ASB atau fixed deposit dibank-bank biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan